activate semula smkkjfile
Aktifkan semula smkkjfile http://rzkonlinee.com/smkkj.net utk kegunaan guru dan pelajar.
Manual/cara penggunaan masih dalam pembikinan jadi gunakanlah password smkkj dan user smkkj utk download segala bahan.
Aktifkan semula smkkjfile http://rzkonlinee.com/smkkj.net utk kegunaan guru dan pelajar.
Manual/cara penggunaan masih dalam pembikinan jadi gunakanlah password smkkj dan user smkkj utk download segala bahan.
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Penulisan ini terbit dari persoalan yg timbul saban hari dari pemerhatian seorang yg tidak banyak ilmu. Aku. Biarlah penulisan ini menerawang ke kiri kemudian ke kanan mencari arah, mungkin beberapa perenggan masih begini. Persoalan yg timbul ialah bagaimana sesuatu perkara dilakukan sambil lewa apabila ada peluang yg lebih baik. Contohnya kenapa kita rakyat Malaysia tidak dapat mereka bentuk sebuah kereta nasional yg hebat dan unik? Dari atas kertas hingga ke penghasilan produk tentu byk proses. Tetapi yg menjadi fokus kepada penulisan bagaimana peringkat idea menggunakan pensil? Aku malu menciplak idea org atau paling tidak, aku suka meluahkan idea tersendiri. Lihat juga perkara lain, rakyat malaysia mengangkat karya ciplak tanpa segan silu, yg terkini lagu “Malaysian Boy” yg terang2 di cedok dari “American Boy”. Sampai disini utk bahagian satu.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Apa tujuan aku membina laman web sekolah? Sejak tahun 2008 aku membayar dgn duit gajiku segala perbelanjaan membina laman web smkkj.net kerana asalnya atas permintaan pengetua supaya sekolah menyertai pertandingan laman web sekolah. Aku seperti biasa akan buat sehabis baik, aku tak mahu yg ada iklan bila percuma, aku tak mahu yg sedikit sangat storannya, aku tak mahu .com takut disalahertikan sebagai web komersial, aku membuat byk keputusan yg aku fikit menjadi kebaikan kepada sekolah tempat aku bekerja smk kampong jawa, klang. Tapi sejak akhir-akhir ini aku rasa seperti tidak berbaloi, usaha seperti beribu utk hasilnya mungkin satu atau dua. Tiada siapa yg perlu melawat web sekolah kerana tiada info selain maklumat IT yg aku masukkan. Pelajar geogafi ting 1 dan dua serta sejarah ada juga melawat utk mendapatkan maklumat ttg sejarah sekolah. Guru2 tak pernah masuk pun kerana tiada keperluan atau faedah, kalau aku agihkan apa2 perisian mereka akan tetap mencari aku dgn pendrive juga walhal seluruh sekolah ada wireless internet. Aku ni berguna mengikut cara yg mereka mahu atau tahu, sukar membudayakan penggunaan internet yg sebenar seterusnya menjadi tulang belakang organisasi seperti sekolah. Pepatah ada menyebut ” jika buka pintu yg sama akan temui jalan yg sama, tiada perubahan yg diharapkan” jadi apakah pintu yg belum aku buka?
Posted with WordPress for BlackBerry.
Aku telah banyak melakukan kerja dan penemuan penting sepanjang proses belajar dan kehidupan seharian tetapi sesuatu yg aku kesal ialah aku gagal mencatat perjalanan, nota penting dan penemuan tersebut. Seringkali aku rasa kerugiaan yg amat sgt kerana tidak menulis secara kerap. Minda aku sekarang masih kuat kerana fokus tetapi ada beberapa perkara masih perlu dicatit utk bacaan semula dan analisa atau sekurangnya aku tahu kemana aku pergi atau bila aku mengambil cuti tahun. Ok insyaallah aku cuba mula menulis kerana aku tahu tiada siapa yg membaca atau tiada siapa yg datang ke laman web ini
Posted with WordPress for BlackBerry.
Saja nak merepek dalam internet tapi tak mahu guna facebook sebab nanti yg baca semua member yg kita pilih walhal yg nak ditulis ni bukan tentang mereka…. Tak eloklah kalau member baca dan tersinggung. Kenapa tiap baris itu terlalu susah utk ditulis dari minda ni? Atau adakah tanggungjawab selepas menulis sesuatu yg membebankan? Banyak perkara aku dah guna bahasa mudah tapi akan terdapat juga manusia yg tersalah faham idea asal. Bagaimana manusia diluar sana menjalani hidup dlm keadaan senang hati dan selamba melakukan gerak-geri tanpa berfikir? Atau adakah aku terlalu memikirkan perkara yg remeh dan menjerumuskan aku kedalam kategori “kolot” konservatif dan pelik?
Posted with WordPress for BlackBerry.
Sejak 2006 website ini dibangunkan sehingga setakat ini baru 9000 pengunjung yg melawatnya, kira sedikit sangatlah jika dibandingkan dengan web drmaza.com yg dilancarkan pada 2007 iaitu pada ketika ini ditulis sudah hampir mencecah 10juta pengunjung!
Aku ingat web aku ni takde pengunjung tapi malang sekali ada juga yg melawat entah dari mana dan meninggalkan komen yg membuatkan diri mereka bodoh hahahahha. contohnya ada yg kata buang masa aku post software baru di web kerana tiada versi trial!!!! hahahahahhahaha Yang lawaknya sebab aku bagi perisian itu sepenuhnya tanpa mengenakan sebarang bayaran jadi kenapa mahu versi trial? Dari tajuk sahaja pihak yg berkenaan tahu apa kegunaannya yg tak faham maknanya langsung tiada kena mengenalah. byebye!
Sebagai permulaan berita, syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana memberi ilham dan izin-Nya atas kejayaan menghasilkan perisian Analisa segak yg kini versi 4. Perisian ini adalah percuma kepada semua guru-guru yg bertungkus lumus menjayakan kurikulum Pendidikan Jasmani. Sampai disini sahaja buat masa ini walaupun terlalu byk benda berkaitan yg perlu ditulis maklumlah sekarang masih dalam cuti beraya, ada sedikit masa sahaja utk ruangan ini. Insyaallah akan menyusul artikel berkenaan cara penggunaan Analisa Segak dan video demo penggunaannya.

Dapatkan perisian Analisa segak v4 di sini
Alhamdulillah syukur kepada Allah yg memberi rahmat dan limpah kurnia. ‘Elapangan dan kesenangan ditahun baru membuatkan aku berhati sayu dan sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa bersyukur dan merendah diri
Objektif
1. Mendaftarkan peserta larian ria atau rentas desa
2. Pendaftaran mengikut rumah sukan, jantina dan kategori larian.
3. Menyediakan nombor larian untuk dicetak
4. Mengesan, merekod dan membuat penjumlahan markah sebaik sahaja peserta menamatkan larian.
Nama database ialah ULR(Urus Larian Ria)
Laporan 13 Dec 2010
1. AUTOSEGAK telah digunakan oleh guru2 SMK KG JAWA.
2. Pembinaan database terus berkembang dengan pembaikan kecil-kecilan
3. Nama pelajar masih berdiri dalam semester berasingan dan ini perlu dihapuskan. Nama seorang pelajar wajarlah diwujudkan id yg sah dan mengumpul data sepanjang tempoh persekolahannya sehingga tingkatan lima.
4. Bahagian laporan telah dibina utk tujuan dokumentasi yg berguna kepada guru
5. Bahagian analisa dan peratus langsung tidak dibangunkan kerana kekurangan data atau sampel data.